Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dynamik terima anugerah berprestij

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Dynamik Technologies telah diiktiraf dengan Anugerah Kesaksamaan dan Akses Pendidikan yang berprestij pada acara Anugerah Perniagaan ESG 2024 yang diadakan di Marina Bay Sands, Singapura.

    Syarikat itu diraikan untuk program Brunei Kids Can Code (BKCC), satu inisiatif yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran, keyakinan dan peluang untuk mengubah dunia melalui pengekodan.

    Dalam siaran akhbar Dynamik Technologies, hari ini, hadir mene-rima anugerah tersebut bagi pihak Dynamik ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Dayang Haslina binti Taib.

    Dayang Haslina pada acara tersebut turut menyampaikan ucapan yang antara lain menggariskan inisiatif tersebut bukan saja mengajar kemahiran berkaitan dengan digital, tetapi ia membolehkan teknologi mudah diakses, mencipta peluang dan memberi inspirasi kepada masa depan digital di mana setiap kanak-kanak menyumbang untuk menyelesaikan masalah harian, dan memberi inspirasi kepada generasi yang akan memimpin dalam inovasi.

    Turut hadir pada majlis penganugerahan itu ialah Awang Faizul Yahya dan Dayang Adilah Izzati binti Haji Suhaimi dari Dynamik Technologies, kedua-duanya telah memainkan peranan penting dalam memperjuangkan program BKCC.

    Dayang Haslina bergambar bersama Anugerah Kesaksamaan dan Akses Pendidikan pada majlis yang diadakan di Marina Bay Sands, Singapura. – GAMBAR SERAHAN DYNAMIK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda