Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dzawin berjaya atasi kekangan bahasa

    MENGAKUI berdepan dengan cabaran bahasa, Dzawin Nur Ikram bagaimanapun bersikap profesional untuk mempelajarinya apabila menerima tawaran sebagai pengacara bagi program pencarian bakat cilik Islamik, Ceria I-Star 2017.

    Katanya, walaupun berasal dari negara serumpun iaitu Indonesia, penggunaan bahasa tetap berbeza.

    “Jika dari segi umum ia sama, tapi sangat berbeza secara spesifik.

    “Apabila jadi hos, saya perlu mencari cultural punchline supaya mudah untuk menyampaikannya.

    “Jadi, untuk mengelakkan rasa kekok, saya perlu belajar dan saya gembira melakukannya,” katanya. Rentetan itu, peserta solo program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) ini berusaha mendalami bahasa dan budaya di negara ini.

    “Saya belajar dengan bersungguh-sungguh.Saya cuba tonton wayang. Saya cuba naik pengangkutan awam dan bermacam-macam lagi,” katanya.

    Dzawin bersikap profesional atasi cabaran bahasa ketika mengacarakan program Ceria I-Star 2017.

    Walaupun terpaksa bekerja keras, selebriti berusia 26 tahun ini mengakui menjadi pengacara juga merupakan minat utamanya.

    “Untuk di sini, program inilah yang pertama. Kalau di Indonesia, saya dah biasa jadi hos.

    “Cuma, kali ini audiensnya terdiri daripada orang Melayu jadi saya perlu tukar penggunaan bahasa”.

    “Saya juga sebenarnya sukakan kanak-kanak. Lagi pula saya pernah menjadi cikgu,” katanya.

    Bagaimanapun, Dzawin tidak keseorangan kerana ditemani pelawak popular, Nabil Ahmad dan penceramah, PU Yeop yang bertindak sebagai pengacara bersama.

    “Saya tak ada masalah untuk bekerjasama dengan Nabil.

    “Walaupun dia kerap berlawak, tapi saya juga begitu cuma kerana bahasa aksi saya menjadi sedikit tertutup (ketawa).Tapi, apa-apapun, saya senang bekerjasama dengan mereka,” katanya.

    Pada masa sama, Dzawin mengakui bergelar pengacara lebih mudah berbanding ketika beraksi di pentas lawak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda