Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dzeko kembali ke Fiorentina

    ROM, 11 JULAI – Penyerang veteran, Edin Dzeko, kembali ke kancah Serie A selepas menyertai Fiorentina secara perpindahan percuma dari kelab Turki, Fenerbahce, menurut pengumuman rasmi kelab Itali itu kelmarin.

    Pemain berusia 39 tahun itu menandatangani kontrak selama setahun dengan pilihan lanjutan automatik untuk musim kedua jika syarat-syarat tertentu dipenuhi.

    Dzeko sebelum ini pernah bermain selama enam musim dalam Serie A bersama AS Roma, sebelum menikmati tempoh dua tahun yang berjaya bersama Inter Milan, di mana dia memenangi Piala Itali pada tahun 2022 dan 2023.

    Penjaring terbanyak sepanjang zaman Bosnia dan Herzegovina itu juga pernah memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Manchester City. Musim lalu, beliau menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan untuk Fenerbahce yang dikendalikan oleh Jose Mourinho sebelum kontraknya tamat.

    Fiorentina menamatkan saingan Serie A musim lalu di tangga keenam, sekali gus melayakkan diri ke Liga Persidangan UEFA.

    Bekas jurulatih AC Milan, Stefano Pioli, dijangka akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih menggantikan Raffaele Palladino yang berundur secara mengejut. – AFP

    Edin Dzeko ketika beraksi untuk kelab Turki, Fenerbahce. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda