BAR HARBOR – Dengan terciptanya basikal elektrik, Gordon Goodwin dan isterinya telah menemui semula minat mereka untuk berbasikal sperti waktu mereka masih belajar.
Motor elektrik ini mempunyai gerakan yang lembut, memudahkannya untuk mengayuh ke jalan yang berbukit di sekitar Taman Negara Acadia di Maine.
“Kami semakin tua, ia amat seronok untuk pergi jalan-jalan dan merasakan angin sepoi-sepoi meniup rambut anda, seperti yang anda lakukan semasa muda, ” kata Gordon yang menyambut kelahirannya ke 69 tahun Rabu ini.
Mereka tidak dapat mengalami suasana itu di laluan berbasikal di Acadia.
Perkhidmatan Taman Negara menyatakan e-basikal sebagai kenderaan bermotor hanya boleh digunakan di jalan-jalan konkrit pada masa trafik musim panas. Manakala di seluruh negara, agensi-agensi dan yang lain yang menguruskan jalan awam telah membataskan e-basikal jauh beribu-ribu batu di laluan jalan awam.
Di negara lain pula, undang-undang telah mencari cara untuk mengklasifikasikan pengangkutan ini, yang tampak lebih kurang seperti basikal. Perkhidmatan Taman Negara mungkin akan mengurangkan sekatan untuk e-basikal ini.
“Saya berharap semua ini akan menjadi realiti. Ia akan menjadi terkenal suatu hari nanti,” kata Janice Goodwin, isteri Gordon.
E-basikal merupakan pengangkutan yang paling cepat berkembang dalam industri basikal. E-basikal amat terkenal untuk orang yang selalu ulang-alik, perempuan yang mengandung yang tidak mungkin dapat mengayuh basikal biasa.
Basikal-basikal ini berharga $AS2,000 atau lebih, termasuk dengan rangka basikal biasa dan bateri yang ringan serta motor elektrik untuk tambahan bunyi berdesing.
Menurut NPD Group, kumpulan yang menjejaki hasil jualan basikal sedunia menyatakan hasil penjualan meningkat kepada 72% daripada AS$144 milion di Amerika tahun lepas, yang telah membantu penjualan basikal yang selama ini sering mendatar.
Konflik menjadi masalah utama
Di kawasan berbasikal persahabatan di selatan California, pengurus hartanah tempatan telah mengikut syarat agensi seperti Taman Negara, ada yang melarang e-basikal dari menggunakan laluan basikal telah menyebabkan beberapa penunggang basikal marah, kata Morgan Lommele, dari PeopleForBikes, organisasi kumpulan sokongan dan perniagaan basikal.
Penganalisis industri basikal di Human Power Solution, Jay Townley menyatakan syarikat-syarikat utama basikal termasuk Trek, Specialized, Cannondale dan Giant menginginkan kenderaan dua roda ini dilayan seperti basikal, bukan seperti moped, skuter-skuter atau motosikal.
Selain itu, Lommele, yang bekerjasama dengan kerajaan untuk mendapatkan definisi undang-undang baginya, menyatakan bahawa Maine dan 21 negeri-negeri lain telah mengesahkan undang-undang yang mengklasifikasikan e-basikal ke dalam kategori basikal. Kebanyakannya telah dibuat seperti basikal biasa di bawah undang-undang yang tertentu.
Di Taman Negara Acadia, e-basikal hanya dibenarkan di atas jalan-lajan berkonkrit di dalam taman tersebut dan di jalan tanpa konkrit di mana kereta-kereta dan trak-trak boleh melaluinya.
Walau bagaimanapun ia tidak dibenarkan di 92 kilometer jalan pengangkutan yang dibiayai dan dibina oleh John D. Rockefeller Jr, jalan yang berliku-liku di luar taman tersebut, laluan yang menuju ke pemandangan tasik, gunung dan lautan. Laluan itu biasa dilalui oleh penunggang-penunggang basikal.
Tambah Christie Anastasia, jurucakap di taman tersebut mengatakan jalan ini hanya dibolehkan untuk orang yang mempunyai kebenaran menggunakan peralatan mobiliti sahaja boleh memakai e-basikal mengikut syarat di bawah Akta Kurang Upaya Amerika Syarikat.
Bagi Goodwin pula, e-basikal yang sederhana mutunya adalah satu pelaburan penting yang membolehkan mereka untuk melakukan aktiviti luar dan bergerak.
Mereka berharap perkhidmatan-perkhidmatan di taman itu akan mempertimbangkan dan membenarkan e-basikal pergi ke mana sahaja menggunakan laluan basikal biasa lain yang telah dibenarkan.
Gordon Goodwin, berharap dapat menyaksikan wujudnya tempoh percubaan untuk e-basikal melalui kawasan jalan yang-berliku-liku itu.
“Semua orang seharusnya keluar dan menikmati keindahan taman itu,” katanya. – AP