Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    e-dagang meningkat, sabar tunggu pelepasan barang import

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) akan melepaskan barang-barang yang diimport masuk ke dalam negara pada kelazimannya dalam tempoh 24 jam sahaja jika barangan tersebut memiliki permit importnya. 

    Seperti yang diketahui, setiap barangan yang dibawa masuk ke dalam negara perlulah mendapatkan permit dan kebenaran sebelum ia dapat diserahkan kepada pemiliknya. Walau bagaimanapun, kemungkinan disebabkan peningkatan jumlah penggunaan e-dagang atau pembelian dari luar negara pada masa ini, proses pelepasan barangan yang diimport terpaksa memakan masa yang lebih panjang berbanding pada sebelumnya.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Oleh itu, Yang Berhormat Dato menasihatkan orang ramai supaya bersabar dan memahami situasi yang berlaku di negara ini pada ketika ini.

    Yang Berhormat Dato juga mengongsikan bahawa dalam beberapa hari lagi, satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan mengenai perkara yang bersangkutan itu bagi memberikan keterangan lebih lanjut.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda