Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘E-jeepney’ muncul di jalan ibu negara Filipina

    MANILA, 2008 – Versi berkuasa elektrik jip popular yang mengeluarkan asap hitam, membuat kemunculan sulung di Manila dalam satu usaha mengurangkan pencemaran di jalan raya ibu negara yang sesak.

    Tiga e-jeepney dilancarkan oleh Jejomar Binay, datuk bandar daerah kewangan Makati yang mengatakan penumpang boleh menaikinya secara percuma dalam minggu perkhidmatannya.

    E-jeepney, atau bas mini, didedahkan tahun sebelumnya, namun hanya boleh beroperasi di kawasan persendirian, komuniti rumah berpagar kerana jabatan pengangkutan belum meluluskan penggunaannya di jalan raya umum. Kebenaran akhirnya diberikan bulan lalu, kata Binay.

    “Kami menjangka ia menjadi pemandangan biasa di laluan sibuk Makati,” katanya.

    “Kami optimistik mengenai impak positif jip elektrik dalam kualiti udara bandar kita dan bandar-bandar utama di negara ini juga,” tambah Binay.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda