Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    E-mel palsu guna nama pegawai AMBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mendapati ada beberapa emel palsu yang dihantar kepada orang ramai menggunakan nama pegawai dan kakitangan AMBD, dan memohon maklumat peribadi dan/atau bayaran.

    Sehubungan itu, AMBD ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa AMBD tidak akan memohon maklumat peribadi atau bayaran melalui telefon, pesanan ringkas (SMS) atau pun emel.

    Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak AMBD di talian 2388388 atau emel info@ambd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda