KHARTOUM, 2 DIS – Ketika Sudan bergelut dengan konflik yang berterusan, para pelajar di kawasan yang terjejas berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mengakses e-pembelajaran, ekoran gangguan bekalan elektrik dan akses internet yang terhad, lapor Xinhua.
Konflik tersebut memusnahkan infrastruktur pendidikan di Negeri Khartoum, dengan banyak sekolah yang rosak atau dijadikan kem tentera, menyebabkan pelajar di zon
konflik tidak dapat kembali ke bilik darjah.
“Ramai pelajar ingin menggunakan platform elektronik, tetapi gangguan bekalan elektrik dan akses internet yang tidak stabil menyukarkan mereka untuk menyertai kelas secara berkesan,” kata ahli Lembaga Sekolah Swasta Al-Fath di Khartoum, Ayman Hassan Mohamedain. – Bernama