Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    E-SHENA dilancar sempena WDSHW 2022

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Untuk memperingati Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WDSHW) 2022, Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) telah melancarkan E-SHENA, iaitu sebuah portal pendaftaran dalam talian pada 28 April lalu.

    Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SHENA, di sini, WDSHW jatuh pada 28 April setiap tahun dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pencegahan kemalangan di tempat kerja dan memperbaiki budaya kerja serta amalan terbaik untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Tema pada tahun ini iaitu Act Together to Build a Positive Safety and Health Culture, di mana SHENA menyelaraskan kepada tema berkenaan, akan meneroka topik-topik penyertaan dan dialog sosial dalam menjana sebuah budaya keselamatan dan kesihatan yang positif.

    Sepanjang pandemik, negara telah menyaksikan sebuah sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang kukuh, di mana ia memerlukan penyertaan daripada semua termasuk kerajaan, majikan, pekerja, peserta kesihatan awam dan pihak-pihak yang relevan dalam sektor swasta dan awam, adalah amat penting dalam melindungi persekitaran kerja serta melindungi keselamatan dan kesihatan para pekerja. Dalam kata alu-aluannya, Yang Berhormat Dato berkata, dalam tempoh sembilan tahun kebelakangan ini, sebanyak 68 kematian yang berkaitan dengan kerja telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam dan majoritinya telah berlaku dalam industri pembinaan.

    “Walaupun secara statistik, kita menyaksikan trend menurun secara umum, daripada 10 hingga 12 kematian pada 2013 hingga 2015, turun kepada empat hingga lima kematian pada 2020 hingga 2021, ia masih tidak dapat diterima kerana setiap nyawa yang hilang adalah terlalu banyak,” tegas beliau.

    Oleh itu, beliau menekankan bahawa kita harus terus peka dan harus periksa secara teliti supaya mengelakkan berlakunya kejadian berkenaan dan kita juga perlu mengambil maklum bahawa ini merupakan satu tugasan besar yang perlu ditangani dan SHENA memerlukan sokongan daripada semua. “Oleh itu, semua pihak mempunyai peranan penting untuk menjana sebuah budaya kesihatan dan keselamatan yang mencegah serta positif di tempat kerja, dalam usaha untuk mencegah berlakunya kecederaan atau kematian pekerjaan,” tambah beliau.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mat Suny semasa menghadiri majlis pelancaran E-SHENA pada 28 April lalu. – Gambar serahan SHENA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...