Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    E-skuter lebihi had laju dirampas

    COPENHAGEN, 13 OKT – Polis di Oslo telah merampas sebuah skuter elektrik milik persendirian dengan kelajuan terpantas 58 kilometer sejam, yang mencatat hampir tiga kali ganda had kelajuan yang ditetapkan.

    Skuter elektrik itu dirampas semasa program kawalan semalam di pusat bandar Oslo dalam operasi bersama dengan Pentadbiran Jalan Raya Awam Norway di mana dua skuter elektrik disuruh berhenti kerana disyaki memecut melebihi had laju yang dibenarkan.

    Pemilik berdepan pendakwaan, kata polis, namun tidak berkata hukuman yang mungkin dikenakan ke atas mereka.

    Skuter elektrik mempunyai had maksimum 20 kilometer sejam, menurut polis Oslo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda