MADRID, 28 Feb – Barcelona akan memulakan sebuah pasukan profesional dan dijangka akan bersaing dengan kelab pendahulu Eropah yang lain, menurut pendahulu La Liga itu semalam.
Dalam kerjasama bersama pemain pertahanan mereka, Gerard Pique yang menerajui syarikat eFootbll.Pro pada 2016, Barca akan bersaing dalam edisi pertama kejohanan Pro Evolution Soccer 2018 (PES2018) yang akan bermula beberapa minggu akan datang
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu, FC Barcelona akan menjadi sebuah kelab peneraju selepas mencapai perjanjian bersama syarikat eFootball.Pro dan KONAMI akan menyertai pertandingan edisi pertama PES2018 yang akan bermula beberapa minggu akan datang.
“Para penyokong Barca akan mempunyai sebuah pasukan profesional yang akan bersaing dengan pasukan-pasukan Eropah yang lain yang akan dimaklumkan kemudian.

“Sebagai seorang pemain, saya telah memutuskan kelab saya untuk menyertai e-sukan dan saya pasti mereka akan menjadi pesaing besar kepada pasukan lain,” ujar Pique.
E-sukan, yang sering melibatkan beberapa orang pemain profesional telah mengalami peningkatan yang dramatik terhadap popularitinya sejak beberapa tahun kebelakangan.
Menurut kenyataan La Liga semalam, Persatuan Sukan Video Sepanyol (AEVI) menjangkakan impak ekonomi global e-Sukan akan melebihi AS$1 bilion menjelang 2020. La Liga menyambut baik inisiatif pembinaan e-Sukannya sendiri iaitu ‘LaLiga e-Sukan’ dan berjanji untuk melancarkan beberapa projek besar yang akan didedahkan butirannya dalam beberapa bulan akan datang. – AFP