KUALA LUMPUR, 30 MAC – Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) hari ini mengeluarkan amaran kepada pemilik kuda tempatan, berikutan penularan Penyakit Kuda Afrika (AHS) di Thailand.
Penularan virus penyakit yang boleh menyebabkan kematian yang berasal dari Afrika itu, biasanya menjangkiti kuda, baghal dan keldai, dilaporkan telah menyebabkan kematian 42 ekor kuda, di wilayah timur utara, Khorat.
Sehubungan dengan itu, EAM selaku badan bertanggungjawab bagi pembangunan dan mempromosikan acara ekuestrian di negara ini, telah mengeluarkan satu pekeliling pada Sabtu (28 Mac) bagi menjaga populasi kuda di negara ini, dengan beberapa langkah pencegahan biosekuriti.
Antara langkah tersebut termasuklah, mengehadkan pergerakan kuda keluar dan masuk daripada kawasan mereka, mengasingkan kuda yang mempunyai tanda-tanda klinikal dan membuat semburan membasmi kuman ke atas kesemua kenderaan makanan dan makanan sepenuhnya.
“Untuk kandang di bahagian utara (Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu) sila kemas kini log pergerakan untuk kuda-kuda anda dari Thailand untuk tempoh 30 hari kebelakangan ini. – Bernama