Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    EasyJet kurangkan satu pertiga kakitangan

    LONDON, 28 MEI – Syarikat penerbangan Britain, EasyJet berkata hari ini ia akan mengurangkan sekitar 4,500 pekerjaan, atau hampir satu pertiga dari tenaga kerjanya, ketika koronavirus menghapuskan permintaan perjalanan udara global.

    “Kami merancang untuk mengurangkan saiz armada kami dan mengoptimumkan rangkaian serta pangkalan kami. Akibatnya, kami menjangkakan mengurangkan jumlah kakitangan sekitar 30 peratus di seluruh perniagaan dan kami akan terus mengurangkan kos dan perbelanjaan tidak kritikal pada setiap peringkat,” kata Ketua Eksekutif, Johan Lundgren dalam satu kenyataan.

    Pengurangan kerja akan menjejaskan sekitar 4,500 daripada 15,000 kakitangan penerbangan itu, kata jurucakap memberitahu AFP. Proses konsultasi akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Wabak COVID-19 telah memusnahkan sektor penerbangan global, dengan jumlah penumpang merosot semasa langkah lockdown ketika permintaan perjalanan udara lenyap.

    EasyJet menyusuli pesaingnya, British Airways, Ryanair dan Virgin Atlantic, yang kesemuanya telah mengurangkan jumlah kakitangan bagi menjimatkan kos.

    “Kami menyedari waktu yang sangat sukar ini dan kami telah membuat pertimbangan setiap keputusan sukar yang akan menjejaskan pekerja kami, namun kami mahu melindungi sebanyak pekerjaan yang kami dapat untuk tempoh jangka panjang,” tambah Lundgren. – AFP

    Pengarah Urusan EasyJet Switzerland, Jean-Marc Thevenaz menghadiri sidang media pada 28 Mei bagi rancangan pembukaan semula Lapangan Terbang Geneva. EasyJet pada 28 Mei mengatakan akan mengurangkan 4,500 pekerjaan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda