Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ebby Yus rahsia kisah dirawat di HKL selama 17 hari

    Selepas 17 hari menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang, pelawak dan pelakon Malaysia, Ebby Yus, 59, akhirnya dibenarkan pulang, dua hari lalu.

    Ebby berkata, sudah hampir empat bulan beliau tidak dapat bekerja berikutan kesihatannya yang merosot.

    “Saya pening dan alami tekanan darah rendah sehingga tidak boleh berjalan. Jadi, rakan serumah bawa saya ke Unit Kecemasan HKL dan dirawat selama 17 hari.

    “Kesihatan saya mula terganggu sejak empat bulan lalu hingga pergerakan terbatas. Ramai yang tidak tahu keadaan saya kerana tidak mahu hebohkan.

    “Ketika di hospital, saya jalani pembedahan kecil pada perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah. Tetapi, luka saya dijangkiti kuman. Jadi, itu yang menyebabkan saya berada lama di hospital,” katanya kpada BH Online.

    Hampir empat bulan Ebby tidak dapat bekerja. – mStar

    Ebby berkata, buat sementara waktu, dia perlu menjalani dialisis darah di hospital, untuk sementara waktu. Susulan itu, beliau perlu menjalani dialisis air di rumah empat kali sehari dengan setiap sesi mengambil masa 30 minit.

    “Doktor beritahu saya masih boleh bekerja seperti biasa. Malah, ada juga pesakit yang pergi melancong tetapi bergantung keadaan saya,” katanya.

    Ebby berkata, doktor ada menyarankan menggunakan mesin canggih selama 10 jam sehari di rumah.

    “Doktor beritahu penggunaan mesin itu lebih mudah kerana pesakit boleh tentukan masa untuk rawatan. Namun, memandangkan saya bukan pekerja kerajaan dan tiada caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), jadi, agak sukar untuk memohon.

    Ebby menambah, dia masih lagi ingin berlakon jika kudrat mengizinkan kerana tidak suka meminta-minta. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda