Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Bersempena penggal persekolahan baharu 2021 yang bakal bermula beberapa hari sahaja lagi, EBW B Champion 7 menyumbangkan barang keperluan sekolah untuk anak-anak rakan seliaan.
Penyampaian sumbangan berkenaan telah diadakan semasa Ekspo Potensi Daerah 2020 ke-3 yang sedang berlangsung di Jalan Bendahara berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, di ibu negara, hari ini.
Hadir bagi menyampaikan sumbangan tersebut ialah ahli-ahli dari EBW B Champion 7 yang diketuai oleh Awang Mohd Azizan bin Haji Ismail dan Awang Muhammad Adid bin Haji Abdul Kadir.
Program sumbangan itu dilaksanakan dengan penglibatan ahli-ahli EBW B Champion 7 dalam membantu anak-anak dan ibu bapa rakan seliaan yang memerlukan membuat persediaan bagi penggal persekolahan akan datang.
