Tuesday, December 17, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ECB akan terus kurangkan kadar faedah

    FRANKFURT, 16 DIS – Ketua Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde hari ini berkata penggubal dasar zon euro akan terus mengurangkan kadar faedah dan memberi amaran bahawa tarif AS yang lebih tinggi di bawah Presiden dipilih Donald Trump boleh menjejaskan pertumbuhan dalam blok itu.

    “Walaupun kami belum mencecah tahap itu, kami hampir mencapai sasaran inflasi dua peratus,” kata Lagarde dalam ucapan di Bank of Lithuania.

    “Jika data masuk terus mengesahkan garis dasar kami, hala tuju perjalanan adalah jelas dan kami menjangkakan untuk menurunkan kadar faedah lagi,” katanya.

    ECB mengurangkan kadar sekali lagi minggu lepas ketika inflasi kelihatan terkawal dan ekonomi zon euro menunjukkan tanda-tanda kelemahan.

    Keputusan suku mata itu adalah pemotongan ketiga berturut-turut bank pusat yang berpangkalan di Frankfurt itu dan yang keempat sejak Jun.

    Christine Lagarde tiba untuk sidang media di ibu pejabat ECB di Frankfurt, Jerman pada 12 Disember. – AP

    Kitaran pelonggaran telah menurunkan kadar deposit utama ECB kepada tiga peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa iaitu empat peratus.

    Dalam ramalan ekonomi baharu yang diterbitkan pada minggu lalu, ECB berkata kadar ibflasi akan merosot kepada 2.1 peratus pada 2025 dan 1.6 peratus pada 2026.

    Dasar bank pusat itu kekal ‘terbatas’, kata Lagarde, bermakna ia akan bertindak sebagai penampan kepada aktiviti perniagaan di zon euro – alat utama ECB untuk mengurangkan inflasi.

    Tetapi ‘dengan proses disinflasi berada di landasan yang baik, dan risiko negatif terhadap pertumbuhan’, ECB boleh melonggarkan dasar monetarinya dan melembutkan dasarnya, kata Lagarde.

    Inflasi di zon euro mencecah 2.3 peratus pada November, setelah mencecah paras tertinggi melebihi 10 peratus pada akhir 2022. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda