Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Econ Motors hargai pelanggan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Sebagai penghargaan kepada pelanggan mereka, Econ Motors telah mengadakan hari pelanggan selama tiga hari di Bilik Pameran Proton di Perindustrian Beribi yang berakhir hari ini.

    Acara khusus untuk pelanggannya itu menampilkan siri teknikal dan jaminan one to one untuk pelanggan kenderaan model Proton X70 dan X50 pada hari pertama. Pada sesi itu, penyelenggaraan kecerdasan kenderaan dikongsikan termasuklah nilai tambah ciri-ciri canggih kenderaan.

    Turut menyertai hari pelanggan itu ialah Insurans Islam TAIB yang mengadakan sesi pelanggan dan berkongsi mengenai polisi insurans yang merangkumi semua kenderaan baharu Proton.

    Sepanjang acara itu, para pelanggan juga berpeluang menyertai aktiviti permainan yang menyediakan hadiah-hadiah baucar dari Restoran All Season, Sushi Tei, Aunty Anne’s dan banyak lagi.

    Aktiviti-aktiviti termasuk memburu harta karun, kerusi muzik, kuiz, permainan sampingan serta henna dan face painting dan penjual makanan serta peluang uji pandu bagi pengunjung.

    Reflection by Jay juga menawarkan potongan cuci dan wax 50 peratus khas bagi pelanggan Proton manakala Kumpulan Hot Wheels tempatan (PBDG) turut memeriahkan acara dengan mempamerkan Proton buatan mereka sendiri.

    Pada penghujung acara, penyampaian hadiah telah diadakan untuk pelanggan yang dapat meneka berapa banyak belon dalam model Proton X dengan peserta yang meneka jumlah paling hampir disenarai pendek untuk memenangi baucar bernilai $30.

    Econ Motors berharap dapat melakukan acara sedemikian lebih kerap kerana mereka ingin mengenali semua pelanggan mereka secara dekat dan mengekalkan kesetiaan dan kepercayaan mereka terhadap jenama Proton.

    Pelanggan yang ikut serta dalam aktiviti memburu harta karun pada acara tersebut.
    Salah satu aktiviti yang diadakan pada hari pelanggan di Bilik Pameran Proton di Perindustrian Beribi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda