Saturday, December 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ECoS lancar Go-Live

    KOTA KINABALU, 10 JAN – Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) hari ini melancarkan laman sesawang dan perkhidmatan dalam talian bagi memudahkan sebarang permohonan berkaitan lesen, sijil serta lain-lain hal yang memerlukan kelulusan ECoS.

    Ketua Pegawai Eksekutif ECo, Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid berkata melalui laman itu pelbagai bahan rujukan dapat diperoleh dan dimuat turun oleh umum.

    “Laman sesawang itu sedia untuk digunakan melalui pautan www.ecos.gov.my,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Perundangan Negeri di sini.

    Pada persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah 2023 dan Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 diluluskan dengan suara terbanyak.

    Abdul Nasser berkata kelulusan itu penting agar industri gas daratan Sabah lebih efektif dengan kelebihan pengetahuan landskap tempatan dan selari dengan hala tuju serta perancangan pembangunan Sabah.

    Beliau berkata melalui laman sesawang itu akan dapat memastikan peralihan kuasa kawal selia terlaksana dengan licin dan tanpa sebarang gangguan ke atas pemegang-pemegang lesen. 

    “Ia bertujuan untuk memudahkan transaksi penggunaannya sebagai contoh salinan sijil atau lesen boleh  diperoleh secara elektronik tanpa perlu mengambil salinan fizikal di pejabat ECoS,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor ketika melancarkan Go-Live laman sesawang rasmi Energy Commission of Sabah (ECoS) EcoS Website di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda