Thursday, October 10, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ecuador ganti menteri tenaga di tengah-tengah krisis tenaga

    QUITO, 10 OKT – Pejabat Presiden Ecuador, Daniel Noboa telah menggantikan Menteri Tenaga, Antonio Goncalves, di tengah-tengah krisis tenaga yang teruk yang telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik, menurut satu kenyataan kelmarin.

    Goncalves, yang memegang jawatan pada Julai, sebelum ini mengumumkan bahawa gangguan bekalan elektrik sehingga 10 jam sehari diperlukan kerana kekurangan tenaga yang ‘kritikal’.

    Menteri Alam Sekitar, Ines Manzano, telah dilantik sebagai menteri tenaga sementara. Manzano ‘akan mengetuai transformasi matriks yang usang, yang telah menyebabkan kita bergantung sebanyak 72 peratus kepada hujan, dan akan melaksanakan projek tenaga boleh diperbaharui,” tambah pejabat presiden.

    Krisis tenaga ini bertambah buruk pada pertengahan September akibat kemarau yang memberikan kesan kepada takungan hidroelektrik dan import elektrik dari Colombia. – Xinhua

    Penjual jalanan menggunakan penjana untuk menghidupkan mentol lampu di Manta, Ecuador, pada 23 September. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda