Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ecuador kawal semula penjara Guayas

    GUAYAQUIL, ECUADOR, 26 JULAI – Kira-kira 2,700 orang anggota tentera kelmarin menyerbu sebuah penjara di Ecuador, mengawal semula kemudahan ketika angka korban akibat rusuhan yang bermula hujung minggu meningkat kepada 31 orang banduan, menurut pihak berkuasa

    Pertelingkahan terbaharu antara kumpulan bermusuhan di penjara Guayas 1 yang sesak di bandar pelabuhan Guayaquil telah mengakibatkan 31 orang mati dan 14 lagi cedera, menurut pejabat pendakwa raya awam, yang mengemas kini jumlah kematian terdahulu daripada 18.

    Rusuhan berdarah sering berlaku di kalangan banduan yang mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah di Ecuador, negara yang baru-baru ini muncul sebagai pemain utama dalam perdagangan kokain di Amerika Selatan.

    Beberapa siri pertelingkahan berdarah telah meragut sekurang-kurangnya 420 nyawadi penjara Ecuador sejak 2021 – kebanyakan mangsa dipancung atau dibakar hidup-hidup, yang lainnya ditembak mati ketika rasuah berleluasa di kalangan pengawal yang membenarkan banduan mendapatkan pistol dan bahan letupan.- AFP  

    Anggota tentera mengawal pintu utama penjara Guayas selepas mengawal semula kemudahan itu susulan pertelingkahan di kalangan banduan.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda