Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ed Sheeran rancang lancar album dalam wasiat

    Perkara kecil seperti kematiannya sendiri tidak akan dapat halang Ed Sheeran daripada terus berkarya membuat muzik.

    Dalam temu bual baru-baru ini dengan Zane Lowe, penyanyi berusia 34 tahun itu mendedahkan rancangannya yang agak menakutkan, menurut laporan RadarOnline.com.

    Penyanyi lagu The Shape of You menjelaskan keputusannnya mengeluarkan album selepas kematiannya.

    Jika isterinya, Cherry Seaborn hidup lebih lama, dia akan menguruskan albumnya yang turut dirancang diberi judul Eject.

    Eject adalah album dalam wasiat saya,” katanya. “Ia sebenarnya dalam kehendak saya dan Cherry boleh memilih trek untuknya. Ia sepenuhnya ada dalam wasiat jika saya tiada nanti.”

    Ed akan menerbitkan lagu-lagu dalam album itu daripada kerjayanya sejak umur 18 tahun sehingga bila-bila masa dia meninggal dunia, dan dia akan terus merancang dengan isterinya tentang lagu yang akan dimasukkan.

    “Saya tahu ramai orang tidak akan suka (idea) saya,” Sheeran berkongsi, “tetapi akan ada ramai peminat saya akan mendapati ini sangat menarik.” – Agensi

    Ed Sheeran rancang keluarkan album Eject dalam wasiatnya. – GAMBAR MEGA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda