Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eda Ezrin kongsi pengalaman tirai besi

    Selepas sebulan dibebaskan dari Penjara Narathiwat, Thailand, penyanyi Eda Ezrin tampil berkongsi pengalaman dirinya sewaktu bergelar banduan.

    Menjawab persoalan pengikut di laman TikTok, Eda atau nama penuhnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, mengenang kembali tempoh sembilan bulan dia berada dalam tahanan.

    Menurut laporan mStar, antara yang menarik perhatian ramai adalah cerita penyanyi ini tentang banduan di sana dibenarkan untuk membeli barangan keperluan peribadi sendiri.

    “Dalam itu, ada orang menjual, dan yang penting ada duit dalam akaun, nak beli biskut, minyak wangi dan make up,” ujarnya.

    Dalam masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Setandan Pisang ini juga memberitahu rutin harian tidak banyak berbeza dengan kehidupan di rumah.

    Eda kini terbuka berkongsi kisah di sebalik tirai besi. – mStar

    Malah Eda juga menceritakan bagaimana dia menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan lalu. 

    “Kipas dan televisyen ada, dan mandi sepatutnya lapan gayung je, tapi saya mandi air hujan sebab tak cukup air. Saya gosok gigi pun macam biasa seperti di rumah”.

    “Puasa pula yang Islam diasingkan, cuma kena ambil makanan dan tulis makanan apa yang kita pilih,” ujarnya. 

    Untuk rekod, Eda bersama suami dan empat individu lain didakwa memiliki 6,059 pil yaba (methamphetamine) pada November lalu.

    Pada 6 Ogos, dia dibebaskan selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda