Bukan lagi teka-teki, bekas anggota Wings, Eddie dan Black sah menyertai kumpulan Barbarik yang bakal beraksi di Odeon, Kuala Lumpur pada 12 Disember nanti.
Lebih sebulan mengunci mulut sebaik mengumumkan pengunduran diri, akhirnya dua pemuzik otai itu mengikuti seorang lagi bekas ahli Wings, Jo Branko menurut laporan Kosmo Online!
Khabar itu dikongsikan dalam Facebook Rejim Barbarik yang memuat naik video kedua-dua mereka sedang beraksi disusuli poster Pentas Barbarik Live @Odeon KL.
Sekali gus, gabungan semula bersama Jo dan Mus itu dianggap sebagai momen dinantikan kaki rock yang ingin ‘turun’ ke gelanggang persembahan itu nanti.
Namun, setakat ini belum dipastikan Eddie dan Black sebagai anggota kekal Barbarik atau hanya untuk projek khas sahaja. – Agensi


