Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Eddy suntik semangat kem olahraga Malaysia dengan pingat perak

    HANGZHOU, 24 OKT – Altet kelahiran Sabah, Eddy Bernard menceriakan kem olahraga Malaysia apabila menyumbang pingat perak dalam acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini, hari ini.

    Pada aksi final di Stadium Pusat Sukan Huanglong itu, Eddy menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan mencatatkan masa 11.86 saat (s), ketinggalan 0.26s di belakang pemenang pingat emas, Nuwan Indika Gamage dari Sri Lanka.

    Pingat gangsa menjadi milik atlet Arab Saudi, Nour Mohammed S Asana dengan catatan 12.07s.

    Eddy menyumbang pingat kedua untuk kem olahraga Malaysia selepas pingat gangsa oleh atlet lontar peluru wanita, Noor Imanina Idris, semalam.

    Kejayaan Eddy, 22, itu sekali gus mengubat kekecewaannya pada penampilan edisi 2018 Jakarta-Palembang apabila beliau tidak berjaya melangkah ke saingan akhir.

    “Saya sasarkan emas pada mulanya namun berlaku kesalahan false start oleh atlet lain tadi jadi ia sedikit mengganggu.

    “Apa pun saya puas hati dengan kejayaan perak ini dan akan meletakkan fokus sepenuhnya pada acara seterusnya,” katanya kepada wartawan. – Bernama

    Eddy bersama pingat perak yang dimenanginya dalam acara 100 meter lelaki T44 pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Stadium Huang Long kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...