Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Edika Yusof sambut ulang tahun perkahwinan ke-18

    Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18, pelakon Edika Yusof dan isteri meraikannya secara sederhana, cukup dengan sebiji kek.

    Menerusi satu perkongsian di Instagram, Edika menitipkan ucapan romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya di sisi.

    Dalam video dikongsikan itu, isterinya, Hidayah sentiasa menguntum senyuman menyambut hari bahagia itu bersama suami tersayang.

    Kesetiaan pelakon itu masih diperkatakan apabila Edika sanggup berkorban untuk menjaga isterinya yang lumpuh selama 16 tahun.

    Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua pasangan.

    Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem Maria Mariana mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Norhidayah. – Agensi

    Sebelum ini Edika Yusof mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti lakonan demi menjaga isterinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda