Editor dipenjara tersilap lapor COVID-19

YANGON, 22 MEI – Seorang editor berita Myanmar dipenjarakan dua tahun selepas agensinya melaporkan kematian koronavirus yang ternyata palsu, kata peguamnya hari
ini.

Negara itu mempunyai 199 kes koronavirus disahkan dan enam kematian, walaupun jumlah rendah yang diuji bermakna pakar bimbang angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

Ketua editor Zaw Ye Htet ditahan pada 13 April, hari yang sama agensi berita dalam talian Dae Pyaw menyiarkan artikel salah mendakwa terdapat satu kematian disebabkan COVID-19 di negeri Karen.

Pada 20 Mei, beliau menghadapi perbicaraan, proses yang cepat dalam sebuah negara di mana suspek sering terbiar dalam penjara berbulan-bulan lamanya sebelum disabit. – AFP