Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Editor Indonesia desak pelepasan cukai untuk media

    JAKARTA, 17 NOV – Forum Pemimpin Redaksi Indonesia menggesa pelaksanaan inisiatif No Tax for Knowledge, iaitu cadangan pengecualian cukai kepada organisasi media yang disahkan bagi menyokong kelangsungan kewartawanan berwibawa.

    Ketua forum, Retno Pinasti dipetik agensi berita ANTARA semasa acara Run for Good Journalism kelmarin berkata, inisiatif tersebut menyokong organisasi media yang komited menyampaikan maklumat tepat dan pendidikan kepada orang ramai.

    Beliau berkata, kewartawanan yang berwibawa penting bagi memastikan orang awam dan negara mendapat akses kepada berita yang boleh dipercayai.

    “Dalam kebanjiran maklumat hari ini, berita palsu ada di mana-mana dan inilah peranan wartawan berwibawa untuk membimbing masyarakat dengan kebenaran dan pendidikan,” katanya.

    Hadir sama ialah Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa yang menyatakan, beliau turut berkongsi kebimbangan forum tentang sektor media yang semakin tertekan dan menyeru wartawan supaya terus menawarkan pandangan serta kritikan demi kepentingan ekonomi negara. – Bernama

    Acara Run for Good Journalism yang dijalankan bagi menyokong organisasi media di Indonesia pada 16 November. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda