Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    edotco, Huawei sediakan penyelesaian masa depan

    KUALA LUMPUR, 29 Nov – edotco Malaysia Sdn Bhd dan Huawei Technologies (Malaysia) bekerjasama bagi menyediakan penyelesaian telekomunikasi generasi masa depan untuk pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang menjanjikan manfaat kepada pengguna mereka dengan sambungan yang dipertingkatkan.

    Ketua Pegawai Serantau Kumpulan edotco, Wan Zainal Adileen Wan Puteh, berkata kedua-dua syarikat menyediakan konsep berkenaan awal Mei lalu dengan penyelesaian dalaman pelbagai teknologi serta pelbagai pengendali, pertama di dunia itu, dipasang di Stesen Sentral Kuala Lumpur membabitkan empat MNO.

    “Celcom, Digi, U Mobile dan Maxis bersepadu sepenuhnya ke dalam penyelesaian Sel Kecil ini yang sudah beroperasi dan mula menyediakan liputan serta sambungan dipertingkatkan untuk pengguna mereka yang melalui KL Sentral,” katanya kepada pemberita selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) di sini, hari ini.

    MoU selama dua tahun itu memanfaatkan kepakaran kedua-dua pihak bagi membangunkan strategi ke pasaran yang berdaya maju, tawaran komersial, pembangunan kaedah teknologi maklumat selain perancangan pengoperasian. – Bernama

    Wan Zainal Adileen (tiga dari kiri) bertukar dokumen dengan Baker Zhoue selepas menandatangani MoU di Hotel Aloft semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda