Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ego untuk melafazkan cinta

    Ulasan buku oleh Raz AS

    HAZEL Camille Bradford tahu bahawa dirinya bukanlah seorang wanita yang senang untuk ditangani dan secara jujurnya, tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kerenahnya itu.

    Jika bukan kerana jumlah binatang peliharaan yang terlalu banyak dan minat kepada benda-benda yang tidak masuk akal membuatkan lelaki-lelaki menjauhkan diri mereka, ia adalah kerana mulutnya yang tidak bertapis yang selalu menghamburkan perkataan sesuka hati pada saat-saat yang tidak sesuai.

    Meskipun begitu, ia merupakan satu kerugian terhadap lelaki-lelaki itu kerana Hazel sebenarnya adalah seorang yang baik hati.

    Josh Im sudah lama mengenali Hazel semenjak bangku persekolahan lagi, di mana perwatakan Hazel yang eksentrik dan suka bermain-main sangat bertentangan dengan perwatakan Josh yang sedikit tegas.

    Dari malam pertama mereka berjumpa, apabila wanita itu muntah di atas kasutnya, sehinggalah apabila wanita itu menghantarkan e-mel yang tidak dapat difahami isi kandungannya ketika kesan bius masih belum pulih sepenuhnya sejurus selepas menjalani pembedahan, Josh melihat Hazel hanya sebagai bahan tontonan dan bukannya rakan sebaya.

    Kini, 10 tahun kemudian, setelah teman wanitanya bermain kayu tiga di belakangnya membuatkan hidup Josh berantakan, meluangkan masa bersama Hazel memberikannya nafas baharu.

    Josh dan Hazel bukannya keluar bertemu janji, sekurang-kurangnya tidak sesama mereka, kerana mereka masing-masing cuba mencarikan pasangan untuk sesama sendiri dan tiada apa-apa perasaan di antara mereka. Itulah yang mereka percaya.

    Ikuti kisah menarik Josh dan Hazel selanjutnya dalam novel Josh and Hazel’s Guide to Not Dating karya Christina Lauren.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda