Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    EIC-Tivities tanai kesedaran keusahawanan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Para pelajar sekolah rendah, menengah, maktab, pusat tingkatan enam dan institusi pengajian tinggi seluruh negara dialu-alukan untuk menyertai EIC-Tivities (Cuti Sekolah Disember) bagi cuti penggal ketiga persekolahan yang akan berjalan pada 12 hingga 24 Disember depan.

    Ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai keusahawanan dan inovasi khususnya dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya semasa cuti persekolahan.

    Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC), Kementerian Pendidikan itu juga dibukakan kepada orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga serta guru yang berminat.

    EIC-Tivities pada kali ini membawa tema ‘Kesedaran mengenai Keusahawanan dan Inovasi’ di mana sebanyak 10 aktiviti disediakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom dan Instagram.

    Daripada aktiviti-aktiviti berkenaan, empat aktiviti adalah bagi sekolah rendah iaitu Adventure of An Entrepreneur, Mix and Match Idea, Ready, Set, Innovate! dan Pitching Game, tiga aktiviti bagi sekolah menengah iaitu Let’s Get Innovative, Finding the Solution dan Pitching Challenge serta tiga aktiviti bagi peringkat umum yang dimuatkan dalam sesi, Coffee and Cendol Chat, yang akan diadakan bagi tujuan perkongsian ilmu dan percambahan idea di kalangan pihak berkepentingan dalam mahupun luar Kementerian Pendidikan.

    EIC-Tivities (Cuti Sekolah Disember) bertujuan untuk memupuk kesedaran corak minda dan ciri-ciri keusahawanan, memupuk pemikiran kreatif dan pendekatan inovatif serta untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran keusahawanan dan inovasi yang menyeronokkan sambil membina pengetahuan dan pengalaman baharu semasa cuti persekolahan.

    Mereka yang ingin mendapatkan keterangan dan bagi pertanyaan lanjut, boleh melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn atau Instagram EIC iaitu @eic_moe dan melalui e-mel eic@moe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...