PARIS, 24 FEB – Menara Eiffel diterangi dalam warna bendera Ukraine semalam sebagai sokongan terhadap Kyiv sehari sebelum ulang tahun pertama serangan Rusia.
Menara itu, salah satu tempat bersejarah paling dikunjungi di dunia, diterangi dalam cahaya biru dan kuning sejurus selepas matahari terbenam di ibu negara Perancis itu.
Kemuncak menara bermandikan cahaya biru dan bahagian bawah dalam warna kuning, dengan lampu sorot putih berputar di atas menara.
“Kegemilangan buat Ukraine!” ujar Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam bahasa Ukraine di Twitter. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/02/P12-WEB-53_25022023.jpg)