Eintracht Frankfurt berpesta gol

FRANKFURT AM MAIN, 21 FEB – Pemain Jepun, Daichi Kamada berjaya mencatatkan hatrik Khamis lalu untuk mencatatkan kemenangan buat Eintracht Frankfurt dengan kemenangan 4-1 di laman sendiri menentang Salzburg di Piala Europa pusingan pertama kelompok 32.

Pemain berusia 23 tahun, Kamada berjaya membuka jaringan seawal minit ke-12. Dua minit sebelum separuh masa pertama tamat, beliau sekali lagi mencatatkan nama selaku penjaring dengan larian dari tengah padang dan membuat penyudahan untuk menjadikan kedudukan 2-0. Gol ketiga beliau hadir pada minit ke-53 dengan tandukan melepasi penjaga gol Salzburg.

Kamada kemudian membuat bantuan gol, di mana beliau memulakan gerakan dengan disudahi oleh Filip Kostic dengan jaringan 4-0 buat Frankfurt.

Kamada gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam 17 penampilan beliau di Bundelisga musim ini, tetapi Khamis lalu, jaringan hatrik tersebut merupakan gol keenam beliau di Liga Europa, kesemuanya dijaringkan dalam tiga perlawanan terakhir beliau.

Kamada menjaringkan satu gol pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan dua gol dijaringkan semasa Frankfurt menewaskan Arsenal di perlawanan sebelum ini. – AFP

Reaksi pemain Eintracht Frankfurt, Daichi Kamada ketika menjaringkan gol kedua dalam Liga Europa pusingan pertama kelompok 32 menentang FC Red Bull Salzburg, Khamis lalu. – AP