BERLIN, 29 April – Niklas Dorsch menjaringkan gol dalam kemunculannya ketika pasukan pelapis Bayern Munich mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas pasukan kendalian bakal jurulatih Bayern, Eintracht Frankfurt dalam persaingan Bundesliga, sementara Cologne tersingkir dalam kekalahan 3-2 kepada Freiburg. Dengan semua tumpuan ke atas pertembungan Liga Juara-Juara pada Selasa ini menentang Real Madrid, dan dengan gelaran