Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ejen Ali The Movie masuk Indonesia

    Ejen Ali terus melebarkan pengaruhnya apabila turut mencipta fenomena di negara jiran, Indonesia.

    Berikutan kejayaan Ejen Ali Musim 1 & 2 menerusi Rajawali Televisi (RTV), filem yang dinanti-nantikan Ejen Ali The Movie pula bakal disiarkan di saluran percuma itu, selain turut ditayangkan secara serentak di platform Video On Demand (VOD).

    Primeworks Studios dan WAU Animation mengumumkan tayangan filem animasi Malaysia yang mengungguli carta filem pecah panggung itu di Indonesia pada 18 Februari lalu.

    RTV merupakan rangkaian TV terbesar di Indonesia yang mempunyai liputan 90 peratus daripada populasi di sana. Ia akan disiarkan serentak di platform lain termasuk penstriman dalam talian dan media digital lain.

    Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, kerjasama antarabangsa itu dapat dicapai menerusi perjanjian pengedaran bersama RTV, saluran televisyen saluran televisyen percuma nasional di Indonesia.

    Datuk Khairul Anwar Salleh berkata kerjasama tersebut tercapai menerusi perjanjian pengedaran bersama RTV. – Agensi

    Ejen Ali The Movie sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat siri televisyen animasi terutamanya setelah mencapai kejayaan besar serta menjadi fenomena pada tahun 2019.

    Filem itu mendapat sambutan yang positif daripada pengkritik dan penonton.

    “Ramai yang memuji gabungan unik aksi, komedi dan jalan cerita yang memberi inspirasi.

    Malah kejayaan itu membuktikan penceritaan hebat yang dihasilkan oleh WAU Animation dan bagaimana filem ini dapat memikat hati penonton dari semua lapisan masyarakat.

    “Kehadiran RTV Indonesia sebagai rakan saluran televisyen percuma ini memberi peluang besar untuk membawa kandungan animasi Malaysia kepada RTV dan membawa Ejen Ali lebih dekat dengan pasaran Indonesia serta mendapat rangkaian peminat baharu di saluran tersebut,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda