Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eko-perkampungan hijau Kemboja jadi tumpuan pelancong

    SIEM REAP, Kemboja – Terletak kira-kira 20 kilometer dari tapak warisan dunia, Angkor, di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, eko-perkampungan Run Ta Ek telah menemui pendekatan persekitaran hijau untuk mengurangkan kemiskinan.

    Ditubuhkan pada tahun 2004, eko-perkampungan ini telah menjalin kerjasama dengan Autoriti Apsara, yang menguruskan taman arkeologi Angkor yang berkeluasan 401 kilometer persegi, kata Mey Marady, pengarah projek pembangunan eko-perkampungan Run Ta Ek.

    Eko-perkampungan berkeluasan 1,012 hektar ini adalah salah sebuah projek homestay menggunakan tenaga solar sepenuhnya di Kemboja dan dapat membantu memberigakan kepada para pelancong mengenai sejarah, budaya, flora, fauna, dan hidupan liar yang masih boleh ditemui di sekitar kawasan itu.

    Katanya, kampung itu boleh menampung kira-kira 850 keluarga dan sehingga kini, Autoriti Apsara telah memberikan rumah dan tanah secara percuma kepada lebih daripada 100 buah keluarga untuk menyokong program homestay ini melalui perladangan dan pelancongan.

    Penubuhan kampung itu adalah untuk menangani jumlah penduduk yang semakin meningkat yang berada dalam di dalam taman itu, katanya, sambil menambah bahawa penduduk yang berada di dalam taman itu hanya 100,000 orang pada 20 tahun yang lalu, tetapi kini ia melebihi daripada 100,000 buah keluarga.

    Eko-perkampungan Run Ta Ek ditubuhkan pada tahun 2004 dan ia telah menjalin kerjasama dengan Autoriti Apsara.

    “Objektif kami adalah untuk menyelamatkan tapak warisan dunia,” katanya memberitahu Xinhua. “Pihak kerajaan telah memberikan sebuah rumah dan sehektar ladang tanah secara percuma kepada para sukarelawan yang mahu untuk meninggalkan rumah mereka yang berada dalam kawasan perlindungan Angkor,” katanya.

    Dia berkata di eko-perkampungan ini, mereka boleh mendapatkan pendapatan dengan menyewakan homestay mereka kepada pelancong dan menanam tanaman organik serta memberi makan haiwan.

    “Sebahagian keluarga boleh mendapatkan penghasilan sebanyak AS$300 sehingga AS$500 sebulan, yang mana cukup memadai,” katanya. “Konsep (eko-perkampungan) ini dalam perancangan untuk menjadikannya sebuah tempat yang unik di Kemboja dan juga Asia.”

    “Para pelancong datang ke sini, kami tidak menganggap mereka sebagai orang asing, kami melayan mereka sebagaimana seperti sebahagian daripada keluarga kami… mereka bangun seawal pagi sama seperti penduduk-penduduk tempatan lakukan, mereka pergi ke sawah, menangkap ikan, kembali semula dan menyediakan makanan di sana sini, jadi apa jua kehidupan harian mereka, para pelancong juga akan melakukannya,” katanya.

    Yoeum Pich, 38, seorang ibu kepada dua orang anak, berkata dia menggunakan rumahnya sebagai homestay bagi para pelancong kerana kaum keluarganya telah berpindah ke sebuah pondok yang dibina di ladangnya.

    Eko-perkampungan berkeluasan 1,012 hektar ini adalah salah sebuah projek homestay menggunakan tenaga solar sepenuhnya di Kemboja dan dapat membantu memberigakan kepada para pelancong mengenai sejarah, budaya, flora, fauna, dan hidupan liar yang masih boleh ditemui di sekitar kawasan itu.
    Penginapan bagi satu malam di kampung itu adalah AS$15.
    Penubuhan kampung itu adalah untuk menangani jumlah penduduk yang semakin meningkat yang berada dalam di dalam taman itu.

    “Dalam dua tahun yang lalu, kita telah melihat peningkatan pelancong asing ke kampung ini,” kata Pich, yang datang tinggal di kampung ini sejak enam tahun yang lalu. “Tujuh atau lapan kumpulan (pelancong) datang ke rumah saya setiap bulan, dan penginapan bagi satu malam adalah AS$15.”

    Menyentuh mengenai makanan, dia berkata para pelancong boleh menikmati hidangan di sebuah restoran di perkampung ini.

    Pich berkata dia boleh mendapatkan kira-kira AS$300 sebulan dari hasil menyewakan homestaynya dan juga menjual sayur-sayuran yang ditanam di ladangnya.

    Jahare bin Abu Bakar, kumpulan pengurus besar dalam bahagian perhubungan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah berkata eko-perkampungan ini sangat mengagumkan dan mampu memainkan sebuah peranan dalam mengurangkan kemiskinan dalam jangka masa yang panjang.

    “Saya mendapati bahawa projek ini sangat mengagumkan. Ini adalah sebuah inovasi yang baik dari kerajaan Kemboja untuk mengurangkan tahap kemiskinan di kawasan luar bandar ini,” katanya kepada Xinhua ketika membuat lawatan ASEAN-China ke perkampungan itu.

    “Saya yakin bahawa projek seperti ini akan dapat memberi manfaat kepada para penduduk luar bandar dan juga rakyat di negara ini,” katanya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda