Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi AS alami pertumbuhan terpantas

    WASHINGTON, 30 Nov – Dipacu dengan peningkatan pelaburan dalam perniagaan, ekonomi AS mengalami pertumbuhan pada kadar tahunan sebanyak 3.3 peratus dari Julai hingga September, kadar terpantas dalam tempoh tiga tahun.

    Jabatan Perdagangan menganggarkan kelmarin, bahawa pertumbuhan suku ketiga telah melangkaui pengembangan tahunan sebanyak tiga peratus untuk tempoh yang dilaporkan pada awal bulan lepas.

    Prestasi yang dicapai itu meskipun terdapat kerosakan akibat taufan dahsyat yang melanda negara itu, menandakan perkembangan pesat dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK), menjadi pengukur terhadap pengeluaran ekonomi secara meluas, memandangkan pengeluaran tahunan sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga tahun 2014.

    Anggaran pertumbuhan KDNK bagi suku Julai hingga September menunjukkan peningkatan sebanyak 3.1 pertumbuhan tahunan pada suku kedua dan 1.2 kadar tahunan pada suku Januari hingga Mac.

    “Berita mengenai ekonomi sebelum ini adalah baik, tetapi ia hanya bertambah sedikit lebih baik,” kata Jim Baird, ketua pegawai pelaburan di Plante Moran Financial Advisors.

    Baird menyatakan bahawa musim percutian membeli-belah itu kelihatan seperti permulaan yang kuat, “yang membawa pengguna untuk berbelanja bagi menggerakkan ekonomi ini.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda