Monday, July 14, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi AS menyusut 3.5 peratus

    WASHINGTON, 29 JAN – Dibelenggu pandemik, ekonomi Amerika Syarikat (AS) bertumbuh pada kadar tahunan 4 peratus dalam tiga bulan terakhir 2020 dan menyusut dalam jumlah terbesar dalam 74 tahun pada tahun lalu.

    Untuk 2020 pada keseluruhannya, setahun apabila koronavirus mencetuskan pembekuan ekonomi paling teruk sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, ekonomi mengecut 3.5 peratus dan menyurami prospek untuk tahun-tahun akan datang.

    Kesan ekonomi teruk menyusuli pandemik yang meletus 10 bulan lalu dan kemelesetan, dengan puluhan juta warga AS kehilangan pekerjaan.

    Laporan semalam daripada kerajaan menganggarkan keluaran dalam negara kasar – jumlah pengeluaran barangan dan perkhidmatan – merosot mendadak dalam suku Oktober-Disember berbanding pertambahan 33.4 peratus yang dicatat dalam suku Julai-September.

    Prospek untuk 2021 masih tidak menentu. Ahli ekonomi mengingatkan pemulihan mampan tidak akan bertahan sehingga vaksin diagihkan dan diberikan di seluruh negara dan bantuan menyelamat kerajaan tersebar di seluruh ekonomi – satu proses yang mungkin mengambil masa beberapa bulan. – AP

    Gambar fail menunjukkan orang ramai mendaftar di dana makanan yang diadakan di Kelab Budak Lelaki & Perempuan Los Angeles di kawasan Lincoln Heights, Los Angeles. Ekonomi AS mengecut 3.5 peratus pada 2020. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda