Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Ekonomi ASEAN+3 diramal meningkat 4.3%

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Pertumbuhan ekonomi bagi rantau ASEAN+3 diunjurkan untuk tumbuh sebanyak 4.3 peratus bagi 2022 iaitu unjuran yang sedikit rendah daripada unjuran terdahulu.

    Unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah bagi rantau ASEAN+3 didedahkan oleh ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) melalui laporan kemas kini suku tahunan Julai yang diterbitkan baru-baru ini.

    AMRO telah mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk ASEAN+3 bagi mencerminkan kesan penularan COVID-19 di China dan pertikaian yang berterusan di Ukraine serta keadaan kewangan global yang semakin ketat.

    Dalam laporan berkenaan, AMRO juga telah menaikkan unjuran inflasi 2022 bagi rantau ASEAN+3 kepada 5.2 peratus iaitu naik sebanyak 1.7 mata peratus daripada April.

    Pada masa yang sama, AMRO juga menjangkakan pertumbuhan untuk kekal kukuh kepada 4.9 peratus pada 2023 dengan inflasi diunjurkan berada di tahap sederhana iaitu 2.8 peratus.

    Ketua Pakar Ekonomi AMRO, Hoe Ee Khor mengulas bahawa baru sahaja rantau ASEAN+3 mula untuk muncul keluar daripada krisis kesihatan COVID-19, pertikaian di Ukraine dan inflasi yang berterusan di Amerika Syarikat (AS) telah membawa cabaran yang baharu kepada penggubal-penggubal dasar.

    Lima bulan setelah ia bermula, pertikaian di Ukraine dijangka akan berterusan di mana di samping memburukkan lagi masalah rantaian bekalan global, pertikaian dan sekatan terhadap Rusia juga telah membawa kepada harga global yang lebih tinggi bagi bahan api dan makan, yang menyebabkan inflasi menjadi lebih pantas di serata ASEAN+3.

    Sementara itu, di AS, lonjakan harga telah menyebabkan Rizab Persekutuan AS untuk memperketat dasar kewangan pada kadar yang lebih cepat daripada dijangkakan, di mana ia telah meningkatkan kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi yang akan berlaku.

    Ia telah menyaksikan penjualan pasaran kewangan dan peningkatan penghindaran risiko yang telah membawa kepada aliran keluar modal daripada pasaran baru muncul.

    Manakala itu, penularan COVID-19 di Shanghai, baru-baru ini, telah menyebabkan penutupan dan sekatan yang mengganggu pengeluaran dan bekalan di rantau ASEAN+3.

    Ia juga telah menyebabkan pertumbuhan bagi tahun 2022 untuk dikurangkan bagi China dan rantau ini.

    Untuk mengemudi persekitaran yang mencabar itu, jelas Hoe Ee Khor lagi, memerlukan penggubal dasar ASEAN+3 yang sedang berhadapan dengan pertukaran dasar yang sukar di mana mereka perlu mengimbangkan keperluan bagi mengekalkan momentum pertumbuhan serta pada masa yang sama, mengawal tekanan inflasi.

    AMRO juga mengambil maklum bahawa lebih banyak ekonomi ASEAN+3 telah merubah pendekatan mereka berhubung COVID-19 sebagai endemik.

    Pengurangan lanjut langkah-langah kawalan dan sekatan perjalanan akan membolehkan permulaan semula aktiviti ekonomi yang lebih mantap serta membantu meningkatkan permintaan domestik.

    Disebabkan itu, pertumbuhan khususnya di rantau ASEAN dijangka akan kekal mantap pada 2022 dan tahun seterusnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...