Ekonomi Australia sedikit terbantut

SYDNEY, 5 Dis – Pertumbuhan ekonomi Australia terbantut pada suku ketiga tahun ini dengan perbelanjaan pengguna semakin berkurangan tatkala harga rumah merosot seterusnya, data rasmi menunjukkan hari ini.

Ekonomi G20 bertumbuh 0.3 peratus antara Julai dan September, kadar paling perlahan dalam dua tahun dan jauh di bawah jangkaan pasaran.

Dolar Australia, dirangsang oleh pertumbuhan 27 tahun berturut-turut, merosot berbanding dolar AS selepas berita itu.

Ahli ekonomi JP, Morgan Tom Kennedy berkata data itu keluar dengan tanda-tanda ‘tidak menyenangkan’ daripada pengguna Australia.

“Pengguna telah mengatasi dasar asas dalam tempoh dua tahun lalu,” kata beliau.

“Kini gabungan gaji lemah, pembinaan rumah yang perlahan, kesan kekayaan terhad dan hutang tinggi mulai mencapai kemuncaknya dan ia kurang menyenangkan untuk perbelanjaan isi rumah.”

Warga Australia kurang berbelanja bagi barangan mahal seperti kereta dan pakaian, sementara berbelanja bagi barangan asas seperti makanan meningkat sedikit sahaja. – AFP