Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi Brunei tersenarai paling meningkat

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Menurut Laporan Bank Dunia Doing Business 2018 yang dikeluarkan hari ini, Negara Brunei Darussalam telah disenaraikan sebagai ekonomi yang paling meningkat di dunia selama tiga tahun berturut-turut dalam usaha untuk memudahkan menjalankan aktiviti perniagaan.

    Laporan Doing Business 2018 yang mengukur tahap kecekapan dan pengawalseliaan perniagaan tempatan telah merekodkan peningkatan Negara Brunei Darussalam sebanyak 16 anak tangga kepada kedudukan ke-56 dalam kalangan 190 buah negara di seluruh dunia, dengan peningkatan skor pada lapan petunjuk dan skor ‘Distance to Frontier’ sebanyak 70.60 daripada 100.

    Ini menunjukkan pengurangan jurang di antara Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara yang berada di tangga teratas, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Ease of Doing Business di bawah Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

     

    – (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    Home

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda