BEIJING, 15 SEPT – Ekonomi China terus menunjukkan tanda-tanda kelemahan bulan lepas, dengan data utama hari ini mendedahkan pengeluaran dan penggunaan kilang meningkat pada kadar paling lemah dalam tempoh setahun.
Beijing telah bergelut untuk memulihkan ekonomi nombor dua dunia sepenuhnya sejak berakhirnya pandemik COVID-19, dengan sektor hartanah yang pernah berkembang pesat terjejas teruk dalam krisis hutang dan eksport berdepan masalah yang semakin meningkat.
Trend tersebut telah menyumbang kepada kemerosotan terhadap keyakinan pengguna, menjejas aktiviti dan juga sasaran pertumbuhan rasmi pemimpin untuk tahun ini kepada kira-kira lima peratus.
Pengeluaran perindustrian meningkat 5.2 peratus dari tahun ke tahun bulan lalu, menurut data dari Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS), kadar paling perlahan sejak bulan yang sama tahun lepas.
Jumlah itu meleset dalam unjuran pertumbuhan 5.6 peratus semasa tinjauan Bloomberg ke atas ahli ekonomi.
“Data aktiviti menunjukkan kehilangan momentum bulan lepas,” kata pakar ekonomi China di Capital Economics, Zichun Huang.
“Walaupun sebahagian daripadanya mencerminkan gangguan sementara berkaitan cuaca, pertumbuhan asas jelas merosot, menambah tekanan kepada penggubal dasar untuk campur tangan dengan sokongan tambahan,” katanya. – AFP


