Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi China lebih berdaya tahan, dinamik

    BEIJING, 31 DIS – Pemimpin China Xi Jinping berkata hari ini bahawa ekonomi negaranya telah berkembang dengan ‘lebih berdaya tahan dan dinamik’ tahun ini, dalam ucapan kepada negara menandakan tahun baharu.

    Xi juga berjanji dalam ucapan yang disiarkan di saluran kerajaan CCTV bahawa China ‘pasti akan disatukan semula’, merujuk kepada pulau Taiwan yang diperintah sendiri, yang didakwa Beijing sebagai miliknya dan telah berjanji untuk merebut.

    Xi telah mengharungi tahun 2023 yang mencabar dengan menerajui ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

    Pentadbirannya telah bergelut untuk mengekalkan pemulihan ekonomi dengan cepat membuang dasar sifar COVID setahun lalu.

    Tetapi hari ini, Xi berkata 2023 telah menyaksikan ekonomi ‘dilanda badai’ dan menjadi ‘lebih berdaya tahan dan dinamik daripada sebelumnya’, dalam ucapan Tahun Baharu yang disiarkan di saluran kerajaan CCTV.

    Gambar Freepik

    Rekod pengangguran belia dan krisis hutang yang berterusan dalam sektor hartanah penting juga telah menyekat pertumbuhan China.

    Angka rasmi yang dikeluarkan hari ini menunjukkan penurunan aktiviti kilang di seluruh negara semakin merosot pada Disember, bulan ketiga berturut-turut berlakunya penguncupan.

    Penganalisis berkata Beijing mungkin bergelut untuk mencapai sasaran pertumbuhan tahunannya yang dinyatakan sekitar lima peratus, pencapaian yang paling rendah dalam beberapa tahun.

    Beijing telah meningkatkan kempen tekanannya terhadap Taiwan tahun ini.

    Ketegangan semakin memuncak ketika pulau demokratik itu bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya pada 13 Januari, dengan calon yang cenderung kepada kemerdekaan, Lai Ching-te mengetuai pilihan raya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda