Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ekonomi China pamer ‘momentum kukuh’

    BEIJING, 30 MAC – Ekonomi China menunjukkan ‘momentum kukuh’ meskipun persekitaran global yang mencabar, kata Perdana Menteri, Li Qiang hari ini, berjanji akan merangsang sokongan untuk perniagaan ketika negara pulih daripada kawalan ketat COVID yang menjejas keluaran dalam negara kasar.

    Ucapan Li pada Forum Boao, mesyuarat profil tinggi di pulau selatan China, Hainan, merupakan ucapan pertama beliau pada persidangan antarabangsa sejak dilantik pegawai nombor dua Beijing pada awal Mac.

    “Pertumbuhan ekonomi China menunjukkan momentum kukuh,” beritahu Li kepada ahli politik dan pemimpin perniagaan.

    “Berdasarkan situasi pada Mac, prestasi ekonomi adalah lebih baik pada Januari dan Februari,” katanya, merujuk kepada tempoh apabila China melihat peningkatan dalam jangkitan COVID susulan pembatalan kawalan pandemik.

    China menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak ‘lima peratus’ pada bulan ini, salah satu yang paling rendah dalam beberapa dekad ketika ia pulih daripada peraturan COVID sifar yang ketat.

    Salah satu sekutu paling dipercayai Presiden Xi Jinping, Li telah mengingatkan bahawa matlamat itu bukan senang untuk dicapai.

    Dalam ucapannya hari ini, beliau berkata Beijing akan menumpu pada langkah-langkah untuk mengelak risiko kewangan utama, menjanjikan sokongan kerajaan seterusnya kepada sektor swasta yang masih bergelut daripada peraturan yang dikenakan ke atas harta, teknologi dan industri pendidikan swasta. – AFP

    Gambar video menunjukkan Perdana Menteri Li Qiang bercakap pada majlis pembukaan Forum Boao untuk Asia di Boao, selatan wilayah Hainan, China, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...