Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi China saksikan trend pemulihan

    BEIJING, 18 JULAI – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China menyaksikan peningkatan 5.5 peratus untuk separuh pertama 2023 berbanding tempoh sama tahun lepas dengan mencecah RMB59.3 trilion.

    Menurut Biro Statistik Negara (NBS) semalam, KDNK China turut meningkat 4.5 peratus pada suku tahun pertama tahun ini berbanding tempoh sama 2022 dan seterusnya meningkat 6.3 peratus pada suku kedua 2023.

    Bagi jualan runcit sosial China, NBS menyatakan jumlah yang dicatatkan pada setengah pertama tahun ini meningkat 8.2 peratus yang merekodkan RMB22.7 trilion.

    Dalam tempoh sama, jumlah jualan runcit dalam talian meningkat 13.1 peratus dengan jualan runcit dalam talian barang fizikal naik 10.8 peratus dengan mencatat RMB6 trlion, sekali gus menyumbang 26.6 peratus kepada jumlah jualan runcit sosial.

    Jurucakap NBS China, Fu Linghui berkata sejak awal tahun ini, potensi penggunaan terus diperluas susulan usaha pemulihan dan peningkatan penggunaan pelbagai pihak, sehingga berperanan penting dalam menggalakkan pemulihan ekonomi tempatan.

    “Pada setengah pertama tahun ini, kadar sumbangan perbelanjaan penggunaan terhadap pertumbuhan ekonomi menokok 77.2 peratus, iaitu jauh lebih tinggi daripada kadar sumbangan pada tahun lepas,” katanya. – Bernama

    Gambar udara menunjukkan bangunan di Shenyang, wilayah timur laut Liaoning, China pada 17 Julai 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda