FRANKFURT, JERMAN, 28 APRIL – Ekonomi Eropah merekodkan pertumbuhan kecil sebanyak 0.1 peratus dalam suku pertama tahun ini, gagal memperoleh momentum selepas mengelak kemelesetan musim sejuk ketika cabaran berterusan daripada inflasi terus menjejas kesediaan orang ramai untuk berbelanja.
Angka yang kurang memberangsangkan itu keluar susulan anggaran pertumbuhan yang mengecewakan dari Amerika Syarikat sehari sebelumnya yang menimbulkan kebimbangan bahawa kemelesetan bakal melanda ekonomi terbesar dunia itu.
20 negara yang menggunakan mata wang euro mencatat pertumbuhan pesat pada suku pertama selepas pertumbuhan sifar dalam tiga bulan terakhir 2022. Zon euro mengelak kemelesetan musim sejuk disebabkan cuaca sederhana yang mengurangkan tekanan ke atas bekalan gas asli.
Kerajaan dan utiliti Eropah juga berebut untuk menyediakan sumber tambahan untuk memanaskan rumah, menjana elektrik dan kilang kuasa selepas Rusia memutuskan kebanyakan bekalan ke benua itu disebabkan perang ke atas Ukraine.
Aktiviti perindustrian telah meningkat, dan pembukaan semula China selepas sekatan COVID-19 meningkatkan prospek ekonomi global. Cuaca sederhana juga membolehkan aktiviti pembinaan dimulakan lebih awal.
Namun inflasi menangguhkan perbelanjaan pengguna, dengan kenaikan gaji hanya sebahagiannya menghapus jumlah yang perlu dibayar untuk barangan runcit, pakaian dan banyak lagi. – AP