Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi hidrogen berpotensi capai sasaran pelepasan GHG

    PUTRAJAYA, 27 JULAI – Ekonomi hidrogen berpotensi besar menyumbang kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) untuk negara, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

    “Malaysia sebagai negara ahli kepada Perjanjian Paris komited terhadap sasaran negara dalam mengurangkan pelepasan karbon,” katanya yang berpendapat ekonomi hidrogen dapat membantu negara mencapai sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

    Ekonomi hidrogen merupakan cabang perniagaan dan pelaburan baharu yang memfokuskan kepada penggunaan bahan api alternatif iaitu hidrogen bagi menggantikan bahan api konvensional seperti diesel dan petrol yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

    Merasmikan acara ‘International Hydrogen Economy Forum and Strategic Lab’ secara maya, hari ini, Tuan Ibrahim berkata forum itu dianjurkan untuk mengenal pasti inisiatif teknologi hidrogen yang dilaksanakan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa bagi memacu ekonomi rendah karbon seterusnya mewujudkan potensi pelaburan baharu dalam ekonomi hijau.

    Beliau berkata pembangunan ekonomi hidrogen dapat memacu serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara pada masa hadapan dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) secara holistik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda