Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Ekonomi Jepun menguncup 0.8 peratus suku akhir

    TOKYO, 8 DIS – Ekonomi menguncup kurang daripada yang dijangka sebelum ini dalam suku akhir, mengatasi gelombang COVID terbaharu tanpa menjejas prestasi ekonomi negara.

    Pejabat Kabinet melaporkan hari ini ekonomi menguncup pada kadar tahunan 0.8 peratus dalam suku Julai-September. Ia adalah lebih baik daripada pertumbuhan tahunan 1.2 peratus yang dilaporkan sebelumnya.

    Dari segi keputusan suku, ekonomi ketiga terbesar dunia itu mengecut 0.2 peratus dan bukannya 0.3 peratus.

    Sekatan pandemik dibatalkan pada akhir musim panas, membenarkan aktiviti perniagaan kembali beroperasi seperti biasa dan perjalanan diteruskan. Eksport juga mencatat keputusan lebih kukuh, berkembang 2.1 peratus tahunan, meningkat daripada 1.9 peratus sebelumnya.

    Pertumbuhan pada tahun fiskal terakhir, yang berakhir pada Mac, juga meningkat kepada kadar tahunan 2.5 peratus daripada 2.3 peratus. Data baharu juga menunjukkan pelaburan korporat meningkat lebih daripada dilaporkan.

    Ekonomi telah pulih pada suku terakhir ketika kawalan sempadan dilonggarkan untuk membenarkan pelancong asing memasuki negara. – AP

    Sebuah kren bersedia untuk memunggah kontena dari trak di dermaga Aomi di Tokyo. Ekonomi Jepun menguncup 0.8 peratus dalam suku terakhir. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...