BERLIN, 30 April – Kerajaan Jerman meramalkan ekonomi dan kadar rekod pekerjaan secara keseluruhan akan menjadi lebih baik, laporan ekonomi kerajaan berkata.
Unjuran musim bunga 2017, yang dibentangkan pada Selasa di Berlin oleh Menteri Ekonomi dan Tenaga Brigitte Zypries, menunjukkan peningkatan dalam bilangan orang yang bekerja pada tahun 2018 daripada 44.4 juta.
Pada tahun ini, bilangan penduduk bekerja akan meningkat sebanyak 530,000 dan sebanyak 310,000 lagi pada 2018. Bilangan purata tahunan bagi pengganguran akan berkurangan sebanyak 140,000 pada tahun 2017 dan kekal pada tahap itu pada 2018, walaupun sebilangan besar merupakan pelarian di Jerman.
Krisis pelarian antarabangsa menyebabkan ramai pakar-pakar menjangka kadar pengangguran meningkat, berikutan dengan kebanyakan daripada mereka akan memasuki pasaran kerja. Ini diimbangi oleh kerajaan umum akan meningkatkan ekonomi Jerman.
Kerajaan Jerman menaikkan ramalan pertumbuhan ekonominya bagi 2017 kepada peningkatan 1.5 peratus dalam keluaran dalam negara kasar, berbanding dengan pertumbuhan 1.4 peratus yang diunjurkan pada bulan Januari. Prognosis kadar pertumbuhan untuk 2018 adalah 1.6 peratus. – Xinhua