Friday, February 7, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi Jerman menyusut 0.4%

    BERLIN, 24 FEB – Ekonomi Jerman menyusut sebanyak 0.4 peratus pada suku keempat tahun lepas, kata pejabat perangkaan negara hari ini.

    Penguncupan suku ke suku dalam tempoh Oktober hingga Disember adalah yang pertama sejak suku pertama 2021.

    Perbelanjaan pengguna, yang menyokong pertumbuhan dalam sembilan bulan pertama tahun lepas, menurun sebanyak satu peratus dalam tiga bulan terakhir 2022.

    Pelaburan dalam pembinaan dan jentera menunjukkan penurunan yang lebih besar pada suku akhir, kata Pe-jabat Perangkaan Persekutuan.

    Angka pertumbuhan tahun penuh 2022 untuk Jerman, ekonomi terbesar Eropah kekal sebanyak 1.8 peratus seperti mana yang dilaporkan pejabat itu pada akhir Januari.

    Ekonomi secara amnya bertahan dengan baik, walaupun terdapat tekanan daripada inflasi yang tinggi dan kebimbangan tahun lepas tentang masalah tenaga apabila Rusia mengurangkan dan kemudian memotong bekalan gasnya ke Jerman. Itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda