KUALA LUMPUR, 9 Mei – Ekonomi Malaysia mempunyai kapasiti untuk menyerap bekalan pekerja secara keseluruhannya, menurut Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp).
Memetik Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2016 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Shareen Shariza Abdul Ghani berkata, jumlah penduduk umur bekerja adalah 14.7 juta dengan 14.2 juta daripadanya adalah bekerja.
“Kita boleh menyaksikan terdapat aliran positif antara jumlah penduduk umur bekerja dan jumlah penduduk bekerja setiap tahun, memandangkan pertumbuhan itu seiring setiap tahun.
“Kita juga melihat masa depan yang positif memandangkan Malaysia semakin berkembang, dan aktiviti ekonomi masa depan juga akan membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan,” katanya. – Bernama